2009 telah berlabuh dengan jayanya, kini langkah seterusnya diambil alih oleh 2010..tahun demi tahun sentiasa ada pertukaran..samaada cara melaksana, cara penceritaan atau cara pengisiannya.. begitu juga dengan Kumpulan penghibur ini..dari nama Resident Organiser (RO) kini menjadi Aktion Troupe.. kalau dulu banyak atau kepelbagaian adegan, kini bertukar menjadi SATU iaitu Tarian Tradisi .. bagusnya ..tumpuan dapat diberi 100% kepada satu persembahan..
Yg kurang enaknya apabila, mereka yg sudah mampu menguasai tarian akan berhijrah, bagi meningkatkan kualiti diri..maka tinggallah mereka yg ada ,berjuang tanpa rakan yg selama ini sentiasa bersama.. pastinya yg tinggal ini juga ada pengharapan lain..pastinya yg ada ini akan meninggalkan kumpulan ini , kerana tugasan yg telah berakhir atau kerana kehendak kehidupan yg memaksa mereka berhijrah..MENGHALANG?..tidak mungkin..kerana itu adalah fitrah hidup..mereka berpasangan..Hidup dan Mati, Pertemuan dan Perpisahan, Suka dan Duka, Tawa dan Tangis, Benci dan Kasih..semuanya berpasangan..begitu juga kita Manusia..Mungkin cara penerimaan yg berbeza beza..yg pasti Aku merindui mereka..